Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah bersama senjata tajam dan sepucuk pistol buatan sendiri di sebuah pondok dalam ladang kelapa sawit di Batu 10 Kalabakan, Ahad lalu.<br />Pemeriksaan awal mendapati dua lelaki berkenaan merupakan warga Indonesia berusia 40 dan 47 tahun serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.